Sabtu, 6 Julai 2013

- - - - Menjaga Hati - - - -


Ok,dalam kol 11 lebih pagi semalam (6/7/13) aku dan kawan2  pergi ke pasar lambak /pasar panas a.k.a tempat jualan pakaian murah hari sabtu berdekatan kilang ALPS,Bandar Jengka,Pahang.


Nak dijadikan cerita..wah,dah macam azmuyohh aku ni dok gossip..gossip..ops,ini bukan gossip.Ini adalah sekadar renungan..
So,kat pasar tu biasalah perempuan kalau berjalan,mengintai-ngintai,mata tu tak cukup terjojol 10 inci membelek baju-baju yang osem memang beria bab-bab soping-menyoping neh..hehe.


Ade la satu mase tu,aku belek jubah,tengah khusyu' belek jubah dengan tak semena-mena aku terdengar sorang m.cik A ni, agak gempallah jugak/around 90kg mintak jubah saiz  XL kat abang tu..then m.cik B sebelah aku ni plak cakap "jangan nak perasan sangatlah XL..huh!"


Aku tau m.cik A ni tak dengar ayat yang dilemparkan oleh m.cik B,TAPI...aku yang sebelah dia ni terasa kot..damn!

Dengan akal yang waras aku pon bla dari tempat tu..bye-bye jubah.minggu depan la aku jenguk ko.In the end,aku tak beli apa-apa pon.aku harap sepanjang ramadhan aku tak dengar lagi ayat macam m.cik B tu..trauma je rase...hahahaha.maklumla,sekarang ni nak kena cari baju raye kan... 


Jadi,apakah sikap m.cik B tadi?bincangkan..

  

ok,mungkin ada yang cakap "ala,maybe m.cik tu bergurau"
  "biasalah tu,orang kampung kan.."

tsk..tsk..jangan pandang kecik.Lidah ni memang tak bertulang tapi tajam dan berbisa. Perkataan buruk yang terungkap ,Kita boleh tersungkur ke dalam api neraka.Even kita kenal atau  tidak seseorang tu jangan sesekali menyindir.

Allah menyeru kita pelihara persaudaraan sesama manusia dalam surah ar:Rahman ayat 1- 4 yang berbunyi
 "Allah yang maha pemurah, yang telah mengajarkan alquran.Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya)

Islam telah menggariskan tatacara yang terbaik untuk mempergunakan lidah.Setiap perkataan menunjukkan akhlak kita.

Malasla plak nak berjela-jela entri ni.aku pon tak sempurna.masih lagi belajar tentang akhlak,bahkan takkan pernah berhenti belajar akhlak.
apa-apa pun yang aku nak ringkaskan JADILAH ORANG YANG BERTAMADUN & BERAKHLAK serta MENJAGA HATI SESAMA MANUSIA.

Kita sama-sama berubah!



erk,dah macam lain je kan..bye2.


Thanks for reading 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan