Khamis, 1 Ogos 2013

Adeq Yang BERFIKIR.



kiri: muhammad syakir
kanan: muhammad syahid.

 Yang aq nak citer ni pasal adik aq yang position kiri tu.ni gambar dlu2 ek,sebelum dye bersekolah.

Macam biasa pukul 1.30 petang budak2 pulang dari sekolah.apa yang mengejutkan ialah adik(muhd syakir) aq yang darjah 1 tu balik jalan kaki.fuyooo,tak penat ke?dah la panas terik di tengah hari,puasa plak tu,bawak beg berat dalam anggaran lebih 2 kg!rase aq la dlm 600meter kot dr sekolah ke rumah.My adeq is osem!



then aq tanye dye,
"kenape adik balik jalan kaki?"
saje je..

"tak penat ke?"
taklah,adik ade tenaga lagi ni.

"abah lupe nak amik ke?"
....

"puasa ke tak ni?"
puase..

"betul?"
kan tak baik menipu.berdosa..

sekali lagi aq tanyakan soalan yang sama.
"kenapa adik balik jalan kaki??"
sebab adik nak jadi kuat.macam angah.angah dulu kan balik sekolah jalan kaki.balik ikut hutan tu.(mulut muncung tunjuk kat hutan pekan sehari)

terpana jap.
"eh,adik jangan nak ikut jalan hutan tu plak..sekarang dah lain.banyak ular dah tu."
ok..


aq teringat kembali,
2 minggu yang lepas,aq kena amik adik2(syahid&syakir) dari sekolah.pukul 1.45 still tak keluar lagi.dah la tggu kat luar pagar sekolah,panas plak tu.pakai plak baju blazer plus dalam pakai tshirt..perghh..mendidih rasenye..


dah balik umah tu,aq marah2 dorang kenapa keluar lambat sangat.lastly tau la bahawasanya mereka seronok berlari2 dalam kelas..aq..membebel la,ape lagi!

"Angah dulu mase kecik2 pergi sekolah balik dari sekolah jalan kaki je,bawak beg berat2,dalam 6 tahun angah sekolah tu tak sampai 5 kali abah antar & amik ngah dari sekolah,korang ni lelaki,lembik la.setiap hari nak kena orang amik,cube belajar balik sekolah jalan kaki.ni tak,panas sikit,merungut..penat sikit malas..cube pikir sikit nak jadi kuat,bukan kuat badan je,kuat otak tu,tahan rasa penat,cube hidup susah sikit."

kanak2,biasalah..kite berceloteh dorang buat dek je.tapi adik syakir ni dye memikirkan juga apa yang aq cakap tu.kesannya ari ni aq perasan yang dye amik port ape yang aq bebelkan ari tu.DIA NAK CUBA apa yang aq pernah lalui dulu.  

Kenalah terima hakikat yang zaman sekarang ni tak sama macam dulu.nak balik jalan kaki boleh,tapi kadang2 je la.kalau ari2 memang kesian la kan.

*mak belikan snack& gula2 untuk adik coz dye balik dari sekolah jalan kaki hari ni.
pergh...dimanjakan lagi..kui3.

Sabtu, 6 Julai 2013

- - - - Menjaga Hati - - - -


Ok,dalam kol 11 lebih pagi semalam (6/7/13) aku dan kawan2  pergi ke pasar lambak /pasar panas a.k.a tempat jualan pakaian murah hari sabtu berdekatan kilang ALPS,Bandar Jengka,Pahang.


Nak dijadikan cerita..wah,dah macam azmuyohh aku ni dok gossip..gossip..ops,ini bukan gossip.Ini adalah sekadar renungan..
So,kat pasar tu biasalah perempuan kalau berjalan,mengintai-ngintai,mata tu tak cukup terjojol 10 inci membelek baju-baju yang osem memang beria bab-bab soping-menyoping neh..hehe.


Ade la satu mase tu,aku belek jubah,tengah khusyu' belek jubah dengan tak semena-mena aku terdengar sorang m.cik A ni, agak gempallah jugak/around 90kg mintak jubah saiz  XL kat abang tu..then m.cik B sebelah aku ni plak cakap "jangan nak perasan sangatlah XL..huh!"


Aku tau m.cik A ni tak dengar ayat yang dilemparkan oleh m.cik B,TAPI...aku yang sebelah dia ni terasa kot..damn!

Dengan akal yang waras aku pon bla dari tempat tu..bye-bye jubah.minggu depan la aku jenguk ko.In the end,aku tak beli apa-apa pon.aku harap sepanjang ramadhan aku tak dengar lagi ayat macam m.cik B tu..trauma je rase...hahahaha.maklumla,sekarang ni nak kena cari baju raye kan... 


Jadi,apakah sikap m.cik B tadi?bincangkan..

  

ok,mungkin ada yang cakap "ala,maybe m.cik tu bergurau"
  "biasalah tu,orang kampung kan.."

tsk..tsk..jangan pandang kecik.Lidah ni memang tak bertulang tapi tajam dan berbisa. Perkataan buruk yang terungkap ,Kita boleh tersungkur ke dalam api neraka.Even kita kenal atau  tidak seseorang tu jangan sesekali menyindir.

Allah menyeru kita pelihara persaudaraan sesama manusia dalam surah ar:Rahman ayat 1- 4 yang berbunyi
 "Allah yang maha pemurah, yang telah mengajarkan alquran.Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya)

Islam telah menggariskan tatacara yang terbaik untuk mempergunakan lidah.Setiap perkataan menunjukkan akhlak kita.

Malasla plak nak berjela-jela entri ni.aku pon tak sempurna.masih lagi belajar tentang akhlak,bahkan takkan pernah berhenti belajar akhlak.
apa-apa pun yang aku nak ringkaskan JADILAH ORANG YANG BERTAMADUN & BERAKHLAK serta MENJAGA HATI SESAMA MANUSIA.

Kita sama-sama berubah!



erk,dah macam lain je kan..bye2.


Thanks for reading 

Rabu, 29 Ogos 2012

kalau aku pencuri/peragut/perompak!!!


agak-agak korang la kan.apakah perasaan korang jika korang adalah seorang perompak/peragut/pencuri wallet/purse/dompet or watever,dan korang akan terjumpe nota ni di dalam purse tersebut????


WAHAI ANAK ADAM,
SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENEMUKAN ENGKAU DENGANKU..
BERTAUBATLAH...
SEBELUM TERLAMBAT.
AKU TIDAK MARAHKAN ENGKAU.
INI ADALAH UJIAN UNTUKKU.
MUNGKIN AKU KURANG BERSEDEKAH.


(apakah perasaan anda jika anda adalah seorang perompak/peragut/pencuri wallet/purse/dompet or watever,dan korang akan terjumpe nota ni di dalam purse tersebut????)


siyesly aq nak tau ape jawapan korang,pliz do comment kat bawah ni ek..terima kasih atas kerjasama anda..

     

SO,AL-KISAHNYE MACAM NI...

29/8/2012,pagi tadi aq teman kawan aq pergi Maran.naik motor,
dek kerana terlalu takut & trauma kene ragut ari tu,aq telah wat note tersebut di dalam purse aq.hahaha..
bile pikir balik memang kelakar,pengecut giler,penakut.
tapi,aq percaya jika mereka yang meragut purse aq tu akan terdetik dihatinya rasa bersalah dan keinsafan.
aq tak kisah kalo dorang tak pulangkan semula dokumen penting dan duit2 dlm tu,yang penting skali aq harap aq dapat memberi satu rasa keinsafan dalam diri mereka.even seminit dua.aq bersyukur kalo itu yang terjadi.semoga mereka menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.



kesimpulannya,tirulah macam saya..hihi.mane tahu,free2 kite dapat pahala memerdekakan seorang hamba ALLAH yang nakal kepada yang soleh.amin.....

Khamis, 23 Ogos 2012

~my birthday/my happy day~ 23 august 1990




jam menunjukkan pukul 12.52 tengah malam.baru 52 minit aq berumur genap 22 tahun.alhamdulillah.
kali ni kite celebrate lagi..wohooo...girangnye hati..hehehe


ape yang membuatkan aku girang/suke hati ialah abah la yang beli kek tu..wohoooo..
4 your information,
family kami ni bukannye jenis suka celebrate2(beli kek,party) ni,
tapi kali ni da masuk 2 kali abah beli kek befday aku..huhuhu..terharu dowh.

so,aq celebrate dengan sape?huhu..dengan budak-budak jek.segan la nak celebrate ni..wiiiiieeee.